Saturday, September 12, 2015

Sindrom Mak-Mak.

Bismillah.

Alhamdulillah. Allah swt beri kesempatan untuk menulis lagi di sini. Nasib baik masih ingat kata laluan blog ini. Kalau tak menangis mencari ilham. Huhu.

Berbalik kepada tajuk entri di atas, memang sejak dahulu lagi saya mengalami sindrom seperti itu. Haha. Mungkin ramai lagi di luar sana mengalami situasi yang sama. Meh, saya cerita apa sebenarnya yang saya maksudkan dengan Sindrom Mak-Mak. 

Situasi Pertama. 

Ketika sedang makan malam, mata saya memang sudah mengantuk yang amat sangat! Hampir terlelap saya bila saya habis makan. Oh, sangat tidak sopan. Teman serumah menyuruh saya cuci tangan cepat-cepat dan masuk tidur. Dan saya dengan lemah gemalai menuju ke sinki. Namun, setelah saya membasuh pinggan dan mencuci tangan, mata saya automatik segar. Woohaa. Tangan saya dengan laju mengemas dapur dan mencuci peralatan memasak di dapur dengan bersemangat. Sudahnya teman saya menegur, "Eh, tadi bukan main lagi mengantuk!". Sekarang siap kemas-kemas dapur lagi. Saya terus menjawab, "Biasalah, Sindrom Mak-Mak."

Situasi Kedua.

Mata sudah mengantuk sangat. Badan memang letih. Memang sudah sampai masa untuk tidur. Saya pun terus masuk ke bilik untuk tidur. Namun, tetiba saya ternampak botol air saya sudah kosong. Saya harus terus ke dapur untuk mengisi air kerana saya takut saya akan terjaga malam nanti kerana batuk. Lalu, melangkah turun ke dapur dan bermulalah Sindrom Mak-Mak saya. Bukan sekadar mengisi air dalam botol, namun saya mengemas dapur lagi. Aduhai. Panjang sungguh perjalanan saya untuk tidur dengan sebenar-benarnya.

Situasi Ketiga.

Masa untuk tidur. Penat badan. Namun, bila melangkah  masuk ke bilik, bukan terus tidur. Saya mencapai pakaian yang telah kering untuk dilipat. Saya menyapu bilik. Saya turun ke bawah untuk masukkan pakaian ke dalam mesin basuh. Kesudahannya, saya mandi lagi sekali untuk pastikan saya selesa untuk tidur. Fuhh~

Dan sebenarnya banyak lagi situasi yang saya sudah lupa. Saya pernah terbaca di media sosial yang mengatakan biasanya seseorang yang bergelar isteri atau ibu selalunya mengalami situasi tersebut. Bilang sahaja mahu masuk tidur, tapi perjalanan untuk tidur itu panjang berbanding lelaki. Haha. Ada sahaja tanggungjawab yang mahu diselesaikannya ibarat tiada hari esok! 


Sekarang sudah faham kan bagaimana Sindrom Mak-Mak? Hehe. Cuba fikir kembali. Mesti mak-mak kita ada yang seperti itu. Menguruskan segala keperluan dan tanggungjawab sebelum rehat betul-betul.

Bila difikirkan kembali, tidak perlu menunggu menjadi seorang isteri dan ibu pun. Saya sendiri akan memastikan segalanya selesai sebelum saya tidur. Saya tidak tenang andai ada kerja-kerja rumah yang masih belum terlaksana. Saya akan pastikan apabila bangun sahaja daripada tidur esok, rutin pagi saya tidak terganggu. Andai kata saya terlampau penat untuk menyiapkan segala tugasan pada malam hari, saya akan bangun awal supaya jadual esoknya lancar! Hehe.

Sebenarnya kita sebagai seorang wanita haruslah menjaga kebersihan dan kekemasan. Bukan tunggu menjadi seorang isteri atau ibu barulah hendak memikirkan untuk mempraktikkan segalanya. Rajin-rajinlah latih diri untuk sentiasa pandai urus diri! Jangan biarkan persekitaran kita serabut ok!

Ok. Sekian sahaja entri merepek saya ini. Semoga saya rajin menulis lagi. Haha


Nota.

1. Rutin wajib saya sebelum tidur beberapa bulan ini ialah "spend time" dengan "anak kesayangan" saya dengan bercerita dan membaca segala doa yang patut sebelum tidur. =)
2. Rutin sebelum keluar rumah adalah wajib memberi "ciuman" untuk si comel itu. 
3. Kesimpulannya, saya memang Mak-Mak sangat!