Tuesday, October 9, 2012

Satu Pagi di Putra

Assalamualaikum w.b.t

(Entri semalam)

Pagi ini saya tiada kuliah. Namun, atas permintaan pensyarah yang inginkan kami hadir, maka kami hadir jua.  Selepas tamat kelas pada jam 10.45 pagi, saya pulang untuk bersiap-siap ke Hentian Putra untuk membeli tiket pulang ke kampung sempena Aidiladha. Bimbang juga saya kehabisan tiket memandangkan ini musim perayaan. 

Ketika saya melalui jejantas untuk menuju ke hentian tersebut, saya secara tiba-tiba ditegur oleh seorang lelaki. Dia mengatakan bahawa dia kekurangan wang  untuk pergi ke satu tempat. Saya terkejut dan ragu-ragu untuk memberi respon kepada permintaannya. Dia dengan yakin menerangkan situasinya. Dia juga tidak ragu-ragu untuk menunjukkan kad pengenalannya. Orang utara rupanya. Saya memintanya tunggu sebentar sementara memeriksa dompet saya adakah saya mempunyai duit yang mencukupi untuk memenuhi permintaannya. Dia dengan bersegera mengeluarkan pen dan kertas dan meminta saya untuk menulis no telefon dan no akaun. Namun, saya mengatakan maaf kerana saya tidak mempunyai wang yang mencukupi sepertimana yang diminta. Dia merayu-rayu dan berjanji untuk menggantikan kembali apabila dia telah mengeluarkan wang di bank. Saya ingin menolak permintaannya , namun atas dasar kemanusiaan, saya pun terus menghulurkan duit kepadanya. Bakinya telah saya halalkan. Lelaki tersebut berasa serba salah dan ingin memberi saya sebatang pen sebagai pertukaran. Saya mengatakan saya ikhlas memberinya tanpa meminta balasan. Sebelum saya berlalu pergi, saya mengatakan kepadanya:

"Saya ikhlas beri duit ini. Tetapi kalau awak tipu saya, itu antara awak dengan Allah"

Dia mengatakan dia tidak menipu. Dan saya pun berlalu pergi untuk membeli tiket saya sambil berdoa semoga lelaki itu jujur dengan perlakuannya.

1) Dapat merasakan kejujurannya kerana saya berasa tenang selepas menolongnya.
2) Sekali kita ditipu, selamanya kepercayaan itu akan hilang.
3) Mungkin dengan pemberian itu, Allah akan tambahkan rezeki ku..aamiin..=)

2 comments:

  1. Dayah, saya pernah mengalami situasi ni... Tp saya tak layan... Takot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..mungkin sy dan lelaki itu sedang diuji oleh Allah s.w.t

      saya diuji adekah sy akn leka dgn segala nikmat yg mencukupi yg Allah berikan sehingga x nak tolong org susah..

      lelaki itu pula diuji dengan kesusahan sebab Allah ingin beri peringatan kpd die supaya perlunya untuk mengatur kewangan dgn baik supaya die tidak akan perlu meminta spt itu lagi..

      positif..:)

      Delete