Sunday, June 1, 2014

Wajah Rahsia Hati

Assalamualaikum wbt.

Ini bukan mahu bercerita mengenai lirik lagu tersebut. Ini mengenai wajah. Seperti yang sedia maklum, wajah kita merupakan identiti kita untuk membezakan kita dengan manusia lain. Namun, itu tidak bermakna kita bebas mempamerkan "wajah" kita dengan sewenang-wenangnya dalam media sosial khususnya. Apa yang saya maksudkan di sini ialah "apa yang kita pamerkan" pada laman sosial.

Hmmm. Sebenarnya bukanlah saya seorang yang ekstrem sangat sampai satu pun gambar saya tiada dalam mukabuku saya. Namun ianya terhad. Andai ada pun gambar itu tidak mampu bertahan lama. Begitu juga status saya. Hanya jika ianya mampu menjadi saham akhirat saya, insyaAllah saya akan mengekalkannya. Jika ianya lebih berbentuk peribadi, tidak bertahan lama pun di dinding itu. Jadinya, sila copy siap-siap jika anda begitu berminat dengan kata-kata saya. Haha. Sekali-sekala saya meraikan diri untuk bersosial di laman tersebut. Selebihnya, saya lebih selesa membaca status-status mereka yang saya hormati. 

Saya akan berlama-lama di mukabuku andai mereka yang saya "follow" mukabuku nya sedang "online". Jangan hairan jika pada "home" fb saya keluar post-post daripada orang-orang yang tidak dikenali kerana hampir sebahagian daripada mereka adalah orang yang hebat-hebat daripada saya. Mereka adalah doktor, peguam, penulis, agamawan. Persamaan mereka yang membuatkan saya merasa leka di fb adalah mereka begitu hebat dalam bidang penulisan. Haaaa. Status mereka panjang macam karangan, namun, sangat menyentuh hati. Huhu. Status teman-teman saya hadkan kerana kadang-kadang saya tidak selesa membaca segala kata kesat, caci maki, dan cerita-cerita yang tidak sepatutnya di papar dalam laman sosial. Habis satu dunia melihat gelagat kita. Huhu. Ampuni saya andai zaman-zaman jahiliyah saya dulu saya termasyk dalam golongan di atas. Mungkin anda juga menyampah dengan saya jika saya memuatkan status yang poyo-poyo sahaja. Ampun!!!!

Berbalik kepada gambar pula, muat naik lah gambar sebanyak mana pun yang anda suka, namun jagalah aurat. Sedih dan malu melihat teman-teman sendiri atau keluarga terdekat tidak menitikberatkan tentang aurat. Saya tidaklah berharap mereka memakai tudung labuh tetapi labuhkanlah tudung tersebut. Aset anda itu untuk suami anda. Bukan hak mana-mana laki bukan mahram lain. Pemakaian juga agak keterlaluan. Memang "cantik terletak" namun saudari tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya. Huhu. Sedih. Jika dilihat pada komen-komen di gambar tersebut, penuh dengan lelaki. Anda begitu berasa bangga kah andai dipuji sebagai cantik? Bangga hanya sekejap sahaja. Akhirnya tidak ke mana. Jika alasan bukan anda sendiri yang memuat naik gambar tersebut dan anda tidak bersalah, fuh! muhasabah lah diri. Andai kita seorang yang menjaga pemakaian kita setiap masa, teman-teman kita sendiri tahu bagaimana menjaga aib kita. Mereka akan tahu menapis gambar kita. Jika pakaian dalam dan luar rumah anda sama sahaja, salahkanlah diri anda sendiri yang tidak sensitif. Saya menulis bukan untuk menunding jari kepada sesiapa, namun sebagai peringatan kepada diri saya sendiri supaya jangan buat apa yang saya sendiri tidak suka untuk dilihat. Semoga Allah swt ampunkan dosa saya dan kita semua yang lalu dan ayuh berubah!

Saya sekarang berada dalam fasa untuk "merehatkan diri" daripada menulis status fb. Sekali-sekala sahaja akan menulis perkara tidak penting. Selebihnya saya lebih suka berkongsi apa yang mungkin menjadi saham saya di akhirat nanti. Latihan ini sebenarnya untuk membiasakan diri saya untuk tidak menulis hal rumahtangga di laman sosial bila sampai saatnya nanti. Saya pun sudah seakan-akan nampak "hint" yang diberikan oleh si dia. Peringatannya bukan secara langsung namun kena lah pandai-pandai aplikasi secara menyeluruh. Huhu. Terima kasih kerana sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kita . 

Akhir kata, maaf jika entri saya menyinggung perasaan sesiapa. Maaf juga andai saya tergelincir membuat apa yang saya katakan. Ampuni saya! Ampuniku ya Allah.~

*Selalu berkata kepada diri sendiri "Aku bersyukur di lahirkan kurang cantik. Sekurang-kurangnya aku dapat menjaga diri daripada memaparkan wajahku di mana-mana dek kerana perasaan rendah diri ini. Sungguh, penciptaan-Mu tidak sia-sia. Penuh hikmah. =)

No comments:

Post a Comment