Menyelami ungkapan "dakwah"..
Dakwah merupakan ajakan atau seruan ke arah sesuatu yang baik yang berlandaskan syariat Islam. Tanggungjawab "dakwah" ini bukan terletak kepada yang bergelar "ustaz", "ustazah", "alim ulama" sahaja, namun ianya harus dipikul oleh setiap insan yg dianugerahkan Allah s.w.t akal fikiran yang sihat yang dapat membezakan yang hak dan yang batil.
Jelaslah bahawa kita diseru untuk menyebar atau menyampaikan sesuatu kebaikan walaupun sedikit. Kita beruntung kerana tidak dikerah ke "medan perang" mempertahankan satu kebenaran, malah kita sekarang berada di tempat yang aman. Alhamdulillah..keamanan ini hasil daripada "penyatuan" rakyat yang berbilang kaum walaupun fahaman agama yang berbeza. Tapi adakah kita benar2 bersatu dari segi "fahaman agama?" renung2kan..
Muslimat & dakwah..
Seperti yang kita lihat pada hari ini, medan dakwah bukan sahaja dipenuhi dengan suara ajakan muslimin, malah, muslimat tidak kurang hebatnya sebagai penyeri, namun, "keberadaan" muslimat dalam kelompok ini mungkin tidak se "gah" kelompok muslimin. Ayuh kita koreksi sedalam-dalamnya mengapa muslimat seolah-olah tenggelam suara "seruannya" terutamanya bagi yang sudah berumahtangga.
Buku ini ada jawapannya:
Sabda Rasulullah s.a.w :"Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat"

1) Fahaman pertama: Kaum wanita itu kurang akal dan agamanya.
Bab Turki al-Haaidh al-Saoum)
` kekurangan ini adalah dari segi "kuantiti" sahaja, bukan dari segi "kualiti".
2) Fahaman kedua: Kepimpinan lelaki ke atas wanita
Segelintir lelaki menganggap kepimpinan merupakan lambang kemuliaan dihadapan wanita.
Pemahaman ini salah.
Sesungguhnya kepimpinan adlh tanggungjawab iaitu kepimpinan dalam ruang lingkup rumah tangga. Kelebihan yang tertentu ini dianugerahkan oleh Allah SWT untuk menjadikan mereka lebih berupaya untuk memimpin dan bukanlah satu kelebihan yang mutlak. Malah, jika dilihat , wanita lebih mengatsi kaum lelaki dari segi penjagaan anak kecil.
Kenyataan ini menguatkan lagi bahawa isunya di sini ialah isu perbezaan tugas dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita.
Telah tersurat hikmah-hikmah Ilahi bahawa kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan kepada kaum lelaki adlh untk membantu menjalankan tugasnya. Kaum wanita juga dikurniakan dengan keistimewaan tersendiri supaya dapat membantu mereka dalam menunaikan tanggungjawabnya.
Sesungguhnya kefahaman yang salah tentang makna kepimpinan telah menjadikan wanita umpama orang yang lumpuh, hanya menunggu kaum lelaki menetapkan sistem, perancangan dan ketentuan ke atas kaum wanita dan wanita hanya melaksanakan. sedangkan muslimat lebih berupaya memahami realiti kerja-kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri. Jika kaum wanita berusaha ke arah itu, sudah tentu kerja-kerja kewanitaan Islam lebih ketara keberkesanannya.
(untuk maklumat lanjut tentang faktor-faktor lain, bolehlah meneruskan pembacaan buku ini "Peranan muslimat di medan amal Islami")
- Ya betul. Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Wahai wanita, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agama mampu melumpuhkan hati seorang lelaki melebihi kamu. Mereka bertanya: Apakah kekurangan akal dan agama kami ya Rasulullah? Rasulullah bersabda: Bukankah persaksian wanita sama dengan setengah lelaki? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka disitulah letak kurangnya akalnya. Bukankah wanita ketika haid tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka di situ lah letak kekurangan agamanya."(Riwayat al-Bukhari, Hadith No 296, Kitab al-Haidh,
Bab Turki al-Haaidh al-Saoum)
` kekurangan ini adalah dari segi "kuantiti" sahaja, bukan dari segi "kualiti".
* Wanita yang datang haid, mereka tidak boleh mendirikan solat & berpuasa, sedangkan lelaki sentiasa boleh berpuasa & solat. Wanita akan mengqadhakan puasanya & tidak perlu solatnya yg mnyebabkan jumlah & bilangan solatnya kurang dan sedikit berbanding kaum lelaki. *
- Inilah dimaksudkan dengan kurangnya agama bagi wanita. Namun, jika ditampung dengan ibadat-ibadat sunat dan amal soleh yang lain, malah ia boleh jadi melebihi lagi dari kaum lelaki..Justeru, tidak ada halangan untuk muslimah melayakkan diri menjadi pejuang..
*Wanita kurang kemampuannya daripada lelaki yang memungkinkan perasaannya mengatasi pertimbangan akalnya, manakala Allah mengurniakan kekuatan akal kepada lelaki yang menjadikan mereka mampu menguasai perasaan & hawa nafsunya.*
- kekurangan ini bersifat nisbi(relatif), sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani: "Yang sempurna itu adalah kurang jika dinisbahkan dengan yang lebih sempurna". Namun, ia adalah kurniaan dari Allah S.W.T yang membolehkan wanita itu melaksanakan tanggungjawab dalam penjagaan dan melayani anak-anak kecilnya, sementara lelaki pula melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam rumahtangga dan masyarakat.
Kesimpulannya, tidak sepatutnya seorang lelaki muslim memandang remeh & merendah-rendahkan kaum wanita dengan hujah mereka & tidak berhak menjadikan hadith nabawi yang mulia ini sebagai bahan untuk memperlekehkan wanita muslimah.
Segelintir lelaki menganggap kepimpinan merupakan lambang kemuliaan dihadapan wanita.
Pemahaman ini salah.
Sesungguhnya kepimpinan adlh tanggungjawab iaitu kepimpinan dalam ruang lingkup rumah tangga. Kelebihan yang tertentu ini dianugerahkan oleh Allah SWT untuk menjadikan mereka lebih berupaya untuk memimpin dan bukanlah satu kelebihan yang mutlak. Malah, jika dilihat , wanita lebih mengatsi kaum lelaki dari segi penjagaan anak kecil.
Kenyataan ini menguatkan lagi bahawa isunya di sini ialah isu perbezaan tugas dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita.
Telah tersurat hikmah-hikmah Ilahi bahawa kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan kepada kaum lelaki adlh untk membantu menjalankan tugasnya. Kaum wanita juga dikurniakan dengan keistimewaan tersendiri supaya dapat membantu mereka dalam menunaikan tanggungjawabnya.
Sesungguhnya kefahaman yang salah tentang makna kepimpinan telah menjadikan wanita umpama orang yang lumpuh, hanya menunggu kaum lelaki menetapkan sistem, perancangan dan ketentuan ke atas kaum wanita dan wanita hanya melaksanakan. sedangkan muslimat lebih berupaya memahami realiti kerja-kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri. Jika kaum wanita berusaha ke arah itu, sudah tentu kerja-kerja kewanitaan Islam lebih ketara keberkesanannya.
(untuk maklumat lanjut tentang faktor-faktor lain, bolehlah meneruskan pembacaan buku ini "Peranan muslimat di medan amal Islami")
Peranan Muslimat di Medan Amal Islami...
Suatu yang diketahui bahawa matlamat bagi gerak kerja Islam masakini ialah menegakkan hukum Allah SWT di atas muka bumi ini. Matlamat ini selari dengan sejumlah matlamat di setiap peringkatnya iaitu membina peribadi muslim, rumahtangga muslim, masyarakat Islam dan daulah Islamiyah.
Persoalannya:
1) Adakah wanita mempunyai peranan dalam pentarbiyahan masyarakat?
2) Adakah wanita mempunyai peranan dalam pembinaan rumahtangga muslim?
3) Adakah wanita mempunyai peranan dalam pembinaan masyarakat Islam?
4) Adakah wanita mempunyai peranan dalam politik Islam?
Ayuh kita bedah buku ini bersama-sama untuk kita selami sejauhmana tanggungjawab kita sebagai muslimah khususnya dalam memartabatkan Islam..:)

No comments:
Post a Comment