Assalamualaikum w.b.t
Saya sudah merdeka! Alhamdulillah. merdeka juga diri saya hari ini. Kebetulan hari ini saya telah menghantar dua tugasan. Hanya tinggal 1 lagi tugasan. Hehe.. Tugasan yang telah mengganggu mood raya. Maklumlah, minggu kedua Syawal, kami terpaksa memerah otak untuk mengarang esei. Aduhai. seminggu saya tidur dalam ke"ilmiah"an.
Sepanjang 1 minggu menyiapkan tugasan ini, bermacam-macam perkara yang terjadi. Yang paling kelakar, kami asyik mengelat untuk hantar tugasan pada waktu yang ditetapkan. Tugasan yang perlu dihantar sebelum hari raya, tapi kami meminta penangguhan sehingga lepas raya disebabkan komitmen yang lebih untuk laporan kajian tindakan. Alhamdulillah. kami dapat keizinan untuk hantar lewat. Tetapi, bila hari yang dijanjikan menjelang tiba, kami minta penangguhan lagi. Penangguhan berlaku sebanyak 3 kali. Sayang sungguh pensyarah kami kepada pelajarnya. Terima kasih guruku =).
Dalam pada itu, saya sungguh sedih apabila tugasan yang hampir siap tiba-tiba hilang begitu sahaja. Malang sungguh nasib saya. Tiada autosaved seperti biasa. Haru biru mood saya pagi itu. Padahal, selama ini saya selalu tertidur tanpa shut down laptop saya dengan sempurna. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Saya perlu lebih berhati-hati. Terima kasih buat yang memberi semangat untuk saya untuk siapkan kembali tugasan tersebut.
Bila tugasan selamat dihantar, lega rasanya. Tapi tugasan lain sedang menanti. Pembentangan untuk viva, seminar penyelidikan, seminar Malindo (bersama pembentang dari Indonesia), kuiz, peperiksaan akhir dan banyak lagi. Penat saya menghitung segala kerja yang bakal tiba ini. Aduhai. Cepatlah habis belajar. Saya tidak sabar untuk merdeka lagi!
Masih ada setengah perjalanan ke arah merdeka rupanya..
1) Cepatlah masa berlalu.
2) Terima kasih kepada dia yang sudi dengar rungutan saya selama ini. Sabar itu sifatnya.
3) Masa untuk mengadap "teman" saya. =)
No comments:
Post a Comment