Monday, December 19, 2011

Tarikh Kematian

  (11/11/11), (12/12/12)

Kalau anda melihat tarikh-tarikh ini, perkataan pertama yang terlintas di fikiran ialah "cantik". Ia. Memang cantik. Tersusun. Dengan digit yang sama, sudah tentu ia mudah disebut dan diingati. Tarikh-tarikh sebeginilah yang membuat orang ramai berlumba-lumba untuk mengabadikan sesuatu kenangan dalam hidup mereka. Buktinya, majlis perkahwinan, percutian @ apa saja peristiwa yang istimewa akan dilakukan pada tarikh-tarikh sebegini. 

Tuesday, December 6, 2011

Sang Pencinta..


sumber: google.com


Tiga kondisi pencinta menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah:

i) Berat hati untuk mencintai, namun dia  memaksakan diri.
ii) Cinta makin menguat dan dia patuh.
iii) Cinta menetap dihati dan dia sanggup mengorbankan apa sahaja.

Dimana tahap CINTA kita kepada ALLAH S.W.T?

Hanya DIA yang mengetahuinya,
Kita sebagai hamba, tingkatkan rasa kehambaan,
rasa cinta,

Ayuh BERCINTA!

Nota: Dipetik dlm slot Remaja, Solusi Isu 37, nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Berkat Dhuha-MU


sumber: google.com


Duhai diri..
buka kan pintu hati,
terima cahaya ILAHI,
bersinar di bumi..

Ya Rabb,
pada-MU ku dekati,
menagih janji PASTI,
pada-MU ku SYUKURI,
NIKMAT yang tidak terperi..

Firman Allah:
"Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pula membencimu. Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang. Kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-NYA kepadamu hingga hatimu menjadi puas.."
(surah Ad-Dhuha, ayt 3-5)


Pintalah dengan rendah hati..





 Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Sunday, November 27, 2011

Soldadu Ilahi..



sumber: google.com


Subhanallah. Semoga Allah mengurniakan keluarga seindah ceritera cinta ini. Amin~

Inilah harapanku selesai membaca sebuah cerpen.

 Aicha 
karya Hilal Asyraf.

permulaan hingga pengakhiran ceritanya membuatkan mata ini menakung air jernih.
Mampukah aku menjadi seindah lakaran pena yang menari itu..


Ya Allah..telah tertulis rapi kisah perjalanan hidupku di Luh Mahfuz..
Namun, 
dengan rendah hati dan lunak suara..


Ya Allah..
Aku memohon agar dikurniakan suami yang soleh, yang mampu menjadi imamku, menjadi tonggak keluarga yang bakal terbina
yang apabila aku memandangnya, lantas aku teringatkan-MU
Ya Allah..
Kurniakanku seorang lelaki yang sudi menghapus air mata ku, mengucup keningku, menghembus semangat
tatkala aku terjatuh, lemah..

Ya Allah..
Bantulah aku untuk menjadi wanita solehah, menjadi soldadu Ilahi dalam rumah tangga kami,
menjadi sayap kiri perjuangannya
Ya Allah..
Kurniakanlah aku ilmu yang bermanfaat agar aku bisa mendidik putera-puteri pejuang Islam
yang bakal aku lahirkan dengan izin-MU..

Ya Allah..
Ciptalah ketenangan dalam keluarga yang terbina
bahagia, ceria
kerana bermula dengan redha-NYA..

Penyejuk Jiwaku..


sumber: google.com


Tenang..
tika manatap curahan air yang mengalir tanpa henti..
Lunak..
disaat mendengar desiran air yang singgah di cuping telinga..

Pejamkan mata seketika..

Seandainya..
PAHALA setiap amal kebajikan yang dilakukan seharian
mengalir seperti aliran air ini dalam diri..
tanpa henti..
membawa bersama palitan noda-noda hitam
Betapa..
sucinya diri..
sejuknya hati..
nikmat tak terperi..

AYUH..manfaatkan setiap detik kita dengan amal kebaikan..
sekecil mana pun..
termasuk dalam perhitungan-NYA..


Biarkan ia..

terus mengalir membasahi jiwa yang gersang..

Saturday, November 26, 2011

Hijrahku..


Ingin ku bina sebuah "jambatan hati" 
yang di penghujungnya akan pasti ku temui
sesuatu yang lebih bernilai dari isi dunia
yang digelar

"halawatul iman"

Itulah nikmat terindah..

Thursday, November 24, 2011

uhibbuki fillah..



Rindu..
Sepatah kata yang membawa seribu erti,
jauh tersemat di lubuk hati,
tika ia dirasai, dihayati,
hanya airmata menjadi pengganti..

Rindu..
pasti berbunga jika dibajai,
mekar berwarna-warni,
disinari sang mentari,

Rindu,
ianya satu anugerah
ucapkanlah,
usah gundah,
pasti indah,

buatmu yang terindah!
terhasil dengan adanya ILHAM ILAHI..


Rindu.

Inilah yang dapat dirasakan saat ini. Sebelum mata terpejam, biarlah rasa ini sampai kepada yang di rindu.

Satu ungkapan diutus. "saya rindu kat awaklah"

Tanpa berlengah kalimah dibalas "saya pun selalu ingat kat awak".

Kerana ianya lahir dari hati, maka "alaa..rasa nak nangis plak..dah..tido..gudnyte"

Pasti terpahat di sanubari, berakhirlah ia "awk jgn nangis, tido2, nyte. sweet dream. salam"


Nota: Bila direnung kembali, ramai yang selalu mengungkapkan kata-kata RINDU kepada yang bukan halal buatmu tanpa segan silu. Namun, bila diungkapkan kepada yang halal, ianya terasa sangat indah, kerana apa? kerana ianya satu pahala.Tidak dapat dilihat, tetapi dapat dirasai bagi yang benar-benar mengerti apa itu yang dinamakan "ukhuwah fillah".

Tuesday, November 22, 2011

"Raikan hatimu vs pahatkan syariat-MU"



Hari-hari yang penuh liku,
Dilingkungi keluarga, saudara-mara, teman-temanku,
Ditemani sahabat-sahabat setia, kesetiaannya dalam meraih CINTAMU..

Di satu persimpangan,
ku lelah, ku lemah,
hampir rebah,
Atas nama cinta,
huluran kasihmu ku terima,
menjadi penawar sakit yang tercipta,
Kini,
kita bisa berbangga, dalam payungan redha-Nya 

Jambatan hati telah kita bina,
Izinkanku merentasnya,
Inginku sentuh qalbu sutera
Bersama-sama menuju syurga-Nya..

Dedikasiku buatmu teman...


Wednesday, November 9, 2011

"BEDAH BUKU "PERANAN MUSLIMAT DI MEDAN AMAL ISLAMI"





Usai sudah ku tatapi sebuah buku nukilan "Al-Syeikh Dr. Faisal Mawlawi" iaitu Penasihat Agama Organisasi-organisasi Islam Eropah...buku pemberian seorang sahabat... "Peranan Muslimat di Medan Amal Islami"..helaian demi helaianku selak..terasa "berat" kupasannya, mungkin ada sesuatu yang harus aku pelajari..belajar menjadi "sayap kiri"..

Menyelami ungkapan "dakwah"..

Dakwah merupakan ajakan atau seruan ke arah sesuatu yang baik yang berlandaskan syariat Islam. Tanggungjawab "dakwah" ini bukan terletak kepada yang bergelar "ustaz", "ustazah", "alim ulama" sahaja, namun ianya harus dipikul oleh setiap insan yg dianugerahkan Allah s.w.t akal fikiran yang sihat yang dapat membezakan yang hak dan yang batil.

Sabda Rasulullah s.a.w :
               "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat"


Jelaslah bahawa kita diseru untuk menyebar atau menyampaikan sesuatu kebaikan walaupun sedikit. Kita beruntung kerana tidak dikerah ke "medan perang" mempertahankan satu kebenaran, malah kita sekarang berada di tempat yang aman. Alhamdulillah..keamanan ini hasil daripada "penyatuan" rakyat yang berbilang kaum walaupun fahaman agama yang berbeza. Tapi adakah kita benar2 bersatu dari segi "fahaman agama?" renung2kan..


Muslimat & dakwah..


Seperti yang kita lihat pada hari ini, medan dakwah bukan sahaja dipenuhi dengan suara ajakan muslimin, malah, muslimat tidak kurang hebatnya sebagai penyeri, namun, "keberadaan" muslimat dalam kelompok ini mungkin tidak se "gah" kelompok muslimin. Ayuh kita koreksi sedalam-dalamnya mengapa muslimat seolah-olah tenggelam suara "seruannya" terutamanya bagi yang sudah berumahtangga.

 Buku ini ada jawapannya:


1) Fahaman pertama: Kaum wanita itu kurang akal dan agamanya.


  • Ya betul. Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Wahai wanita, aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agama mampu melumpuhkan hati seorang lelaki melebihi kamu. Mereka bertanya: Apakah kekurangan akal dan agama kami ya Rasulullah? Rasulullah bersabda: Bukankah persaksian wanita sama dengan setengah lelaki? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka disitulah letak kurangnya akalnya. Bukankah wanita ketika haid tidak boleh solat dan puasa? Mereka menjawab: Benar. Rasulullah bersabda: Maka di situ lah letak kekurangan agamanya."
                   (Riwayat al-Bukhari, Hadith No 296, Kitab al-Haidh,
                     Bab Turki al-Haaidh al-Saoum)

kekurangan ini adalah dari segi "kuantiti" sahaja, bukan dari segi "kualiti". 


* Wanita yang datang haid, mereka tidak boleh mendirikan solat & berpuasa, sedangkan lelaki sentiasa boleh berpuasa & solat. Wanita  akan mengqadhakan puasanya & tidak perlu solatnya yg mnyebabkan jumlah & bilangan solatnya kurang dan sedikit berbanding kaum lelaki. *

- Inilah dimaksudkan dengan kurangnya agama bagi wanita. Namun, jika ditampung dengan ibadat-ibadat sunat dan amal soleh yang lain, malah ia boleh jadi melebihi lagi dari kaum lelaki..Justeru,  tidak ada halangan untuk muslimah melayakkan diri menjadi pejuang..


*Wanita kurang kemampuannya daripada lelaki yang memungkinkan perasaannya mengatasi pertimbangan akalnya, manakala Allah mengurniakan kekuatan akal kepada lelaki yang menjadikan mereka mampu menguasai perasaan & hawa nafsunya.*

- kekurangan ini bersifat nisbi(relatif), sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani: "Yang sempurna itu adalah kurang jika dinisbahkan dengan yang lebih sempurna". Namun, ia adalah kurniaan dari Allah S.W.T yang membolehkan wanita itu melaksanakan tanggungjawab dalam penjagaan dan melayani anak-anak kecilnya, sementara lelaki pula melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam rumahtangga dan masyarakat. 

Kesimpulannya, tidak sepatutnya seorang lelaki muslim memandang remeh & merendah-rendahkan kaum wanita dengan hujah  mereka & tidak berhak menjadikan hadith nabawi yang mulia ini sebagai bahan untuk memperlekehkan wanita muslimah.



2) Fahaman kedua: Kepimpinan lelaki ke atas wanita


 Segelintir lelaki menganggap kepimpinan merupakan lambang kemuliaan dihadapan wanita.

Pemahaman ini salah.

Sesungguhnya kepimpinan adlh tanggungjawab iaitu kepimpinan dalam ruang lingkup rumah tangga. Kelebihan yang tertentu ini dianugerahkan oleh Allah SWT untuk menjadikan mereka lebih berupaya untuk memimpin dan bukanlah satu kelebihan yang mutlak. Malah, jika dilihat , wanita lebih mengatsi kaum lelaki dari segi penjagaan anak kecil.

Kenyataan ini menguatkan lagi bahawa isunya di sini ialah isu perbezaan tugas dan tanggungjawab antara lelaki dan wanita.

Telah tersurat hikmah-hikmah Ilahi bahawa kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan kepada kaum lelaki adlh untk membantu menjalankan tugasnya. Kaum wanita juga dikurniakan dengan keistimewaan tersendiri supaya dapat membantu mereka dalam menunaikan tanggungjawabnya.

Sesungguhnya kefahaman yang salah tentang makna kepimpinan telah menjadikan wanita umpama orang yang lumpuh, hanya menunggu kaum lelaki menetapkan sistem, perancangan dan ketentuan ke atas kaum wanita dan wanita hanya melaksanakan. sedangkan muslimat lebih berupaya memahami realiti kerja-kerja kewanitaan serta merancangnya sendiri. Jika kaum wanita berusaha ke arah itu, sudah tentu kerja-kerja kewanitaan Islam lebih ketara keberkesanannya.

(untuk maklumat lanjut tentang faktor-faktor lain, bolehlah meneruskan pembacaan buku ini "Peranan muslimat di medan amal Islami")


Peranan Muslimat di Medan Amal Islami...


Suatu yang diketahui bahawa matlamat bagi gerak kerja Islam masakini ialah menegakkan hukum Allah SWT di atas muka bumi ini. Matlamat ini selari dengan sejumlah matlamat di setiap peringkatnya iaitu membina peribadi muslim, rumahtangga muslim, masyarakat Islam dan daulah Islamiyah.

Persoalannya:

1) Adakah wanita mempunyai peranan dalam pentarbiyahan masyarakat?
2) Adakah wanita mempunyai peranan dalam pembinaan rumahtangga muslim?
3) Adakah wanita mempunyai peranan dalam pembinaan masyarakat Islam?
4) Adakah wanita mempunyai peranan dalam politik Islam?

Ayuh kita bedah buku ini bersama-sama untuk kita selami sejauhmana tanggungjawab kita sebagai muslimah khususnya dalam memartabatkan Islam..:)

Friday, January 28, 2011